Total Pageviews

Mengenai KIAM




KIAM MALAYSIA adalah singkatan bagi PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM ANAK-ANAK MALAYSIA.

KIAM MALAYSIA ditubuhkan pada 20hb OGOS, 2010, bertempat di KUALA LUMPUR.

SIJIL PENDAFTARAN PERTUBUHAN ialah 2075-10-WKL.

Tujuan penubuhan KIAM MALAYSIA adalah seperti berikut :

  1. Untuk menjadi sebuah Pertubuhan yang membantu ahli-ahli di dalam kerja-kerja amal serta kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Untuk menjadi sebuah Pertubuhan kebajikan yang berlandaskan syiar Islam bersesuaian dengan ajaran Al-Quran, Al-Sunnah dan Hadis.

  1. Untuk menjadi sebuah Pertubuhaan kebajikan yang membantu ahli-ahli dari segi sosial dan ekonomi.

  1. Membantu ahli-ahli di dalam pendidikan kerohanian untuk mencapai sahsiah yang terpuji.

  1. Menjalankan aktiviti-aktiviti sukarelawan, sukan, rekreasi, kebajikan dan lain-lain aktiviti yang dapat memberi kebaikan kepada ahli-ahli.

  1. Membantu ahli-ahli di dalam bidang pendidikan, latihan, kerjaya dan perniagaan.

  1. Memupuk semangat perpaduan, kemesraan, keharmonian dan toleransi serta mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli.

Presiden KIAM :
EN. ABDUL RAHMAN BIN SHAMSI

Setiausaha Agung KIAM :
EN. MOHD ASYMAWI BIN MOHD ROSLI